As'alamualaikum.....
Syukur Alhamdulillah yang tidak terhingga pada Ilahi..
semua nya sudah terjawab...
membesar ku sebagai seorang manusia tidak pernah ku terlintas menjadi sebahagian daripada Nya...
namun atas keizinan dan Hidayah dr Nya..sekali lagi Alhamdulillah..
Bermulanya perjalanan hidup ku sebagai seorang yang harus berpandukan ajaran yang telah di turun kan pada semua umat iaitu
Al-Quran...
Akan ku laksana kan..InsyAllah akan ku cuba dan ku terus kan perjuangan umat ku sebelum ku yang terdahulu..
Bermula nya.....bagaikan mati hidup semula...
Hembusan satu nafas itu membuat kan bertambah lah umat
Nabi Muhammad S.A.W..
dengan penuh rendah diri dan terbuka hati ku lafazkan sekali...
terdengar tangisan dr belakang ku..rupa-rupanya rakan ku juga mengalirkan air mata kegembiraan yang penuh sebak ....sungguh besar kekuasaan mu Allah..
Ku seperti terasa kosong..detik kain hitam dulu ..telah ku padam kan dan semua nya kosong..kini sehelai kain putih yang mampu ku corak kan sendir..orang lain hanya mampu melihat kain itu tp aku yang mahu mencorakkan nya...
Terasa jalan masih jauh lagi..banyak lagi ada di depan...insyAllah aku cuba sempurnakan.....kepada teman-teman ku yang banyak menolong ku..terima kasih sama-sama lah kita mencari keredhaan Ilahi ..
AMIN
Dan kini aku adalah insan itu Muhammad Danish